PERJUMPAAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA MASJID BERSAMA TUAN PTA

>> Saturday, December 26, 2009

Perjumpaan pengerusi dan setiausaha masjid bersama Pegawai Tadbiran Agama Daerah Perak Tengah akan diadakan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti berikut;

Tarikh : 28 Disember 2009
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SAR Tarbiah Islamiah, Masjid Lama, Bota Kanan.

Sila bawa bersama;
1) Profil masjid yang telah dikemaskini
2) Unit pengurusan dan penyelenggaraan jenazah
3) Pembetulan dan pertukaran senarai AJK Kariah yang terbaru ( isi borang yang dikepilkan )
4) Perlantikan imam baru tetapi belum ditemuduga

Read more...

PELANTIKAN JK KARIAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

>> Thursday, December 24, 2009

Pelantikan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak kepada Pengerusi / Setiausaha / Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Ahmadiah Kg. Simpang Tiga, untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa         1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2012.

Sukacita diingatkan, menurut Subseksyen 93(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Kariah hendaklah,


(a) bertanggungjawab bagi mengelola sempurna dan keadaan baik masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid;

(b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah masjid dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

(c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid yang memerlukan perhatian Majlis.

Read more...

KONVENSYEN BIRO - BIRO WANITA MASJID SELURUH NEGERI PERAK TAHUN 2010

Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasam Biro Wanita dan Pembangunan Masyarakat Masjid Sultan Idris Shah II ( Masjid Negeri ) akan menganjurkan konvensyen yang tersebut di atas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti berikut:
Tarikh : 09 Januari 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Masjid Sultan Idris Shah II ( Masjid Negeri )
Jalan Dato' Sagor, 30000 Ipoh.

Read more...

PENANGGUHAN MUZAKARAH MINGGUAN IMAM - IMAM

Penangguhan Muzakarah Mingguan Imam-Imam Peringkat Daerah Perak Tengah sepanjang bulan Disember 2009 sehingga diberitahu kelak.
sehubungan dengan itu, Khutbah Jumaat hendaklah diambil di Pejabat Penghulu Mukim pada setiap hari Rabu.

Read more...

UNIT PENGURUSAN JENAZAH

SENARAI NAMA PENGURUS JENAZAH LELAKI


1. TN. HJ ZAINAL B DAHALAN


2. TN. HJ. RAJALDIN B MOHAMED BHARI


3. EN. ZAINAL ABIDIN B BAHAROM


SENARAI NAMA PENGURUS JENAZAH PEREMPUAN


1. PN KHADIJAH BT MONTAK


2. PN SUPARIDAH BT SAUDI


3. PN. HJH YOM BT IBRAHIM


Read more...

KURSUS INTENSIF IMAM DAN MUAZZIN NEGERI PERAK 2009

Kursus yang tersebut di atas akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut;

Tarikh :

26 Disember 2009 ( Sabtu )- Kursus Khas untuk Imam sahaja.
27 Disember 2009 ( Ahad ) - Kursus Khas untuk Bilal sahaja.

Tempat : Dewan Kuliah Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh.
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang.

Wakil Masjid Jamek Ahmadiah Simpang Tiga
En. Mohd Sahir b Jaafar - Imam I
Tn. Hj. Rajaldin b Mohamed Bhari - Bilal

Read more...

KURSUS MANDI JENAZAH

>> Friday, June 19, 2009

Kursus Mandi Jenazah anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Perak Tengah dan Jawatankuasa Masjid Jamek Ahmadiah Simpang Tiga akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 11 Julai 2009 jam 8.30 pagi, bertempat di Masjid Jamek Ahmadiah, Simpang Tiga. Tuan / puan ahli kariah dijemput hadir bagi menjayakan kursus tersebut.

Read more...

PROGRAM GOTONG - ROYONG



Ahad, 28 Jun 2009, jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Ahmadiah Simpang Tiga akan diadakan majlis gotong - royong untuk menebang pokok yang berhampiran dengan pagar / kawasan masjid. Tuan / puan ahli kariah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.


Read more...

MESYUARAT JK MASJID BIL 03/2009

>> Thursday, June 11, 2009

Mesyuarat JK Masjid telah diadakan pada Hari Jumaat, 05 Jun 2009 yang lalu antara lain membincangkan projek pembangunan masjid yang telah diluluskan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi dari Kerajaan Persekutuan berjumlah RM100,000.00 untuk menaiktaraf tempat sembahyang wanita dan membina tandas lelaki dan wanita.

Bersetuju sebulat suara untuk mengadakan khairat / wakaf / saham terbuka untuk membuat kutipan derma untuk mengantikan karpet / permaidani masjid dengan anggaran jumlah kutipan berjumlah RM 10,000.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh ribu ringgit ) . Kutipan berakhir pada 31 Disember 2009 dan sekiranya jumlah tersebut tidak mencukupi, jawatankuasa bersetuju untuk menggunakan kewangan masjid. ( Urusetia akan mengeluarkan surat kutipan derma wakaf dalam masa terdekat : HP 012-5812418 Razhuan - setiausaha )

Mesyuarat juga ada mengemukankan masalah lantikan imam pelapis bagi memenuhi kouta iman seramai 3 orang.

Masalah penggunaan tanah wakaf oleh dua keluarga yang mendiami tanah wakaf tersebut akan dirujuk ke Bahagian Baitulmal, Seri Iskandar untuk bayaran saguhati kepada masjid bagi mengisi tabung.

Mohon bendahari masjid menutup akaun masjid berakhir 31 Disember 2007 dan 2008 untuk semakan dan projek pembangunan masjid

Read more...

KURSUS ICT UNTUK BENDAHARI MASJID

Kursus ICT untuk benadahari masjid akan diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2009 di INTIM, Ipoh En. Mohd Azizi b Ahmad Safar, bendahari masjid akan hadir di kursus tersebut

Read more...

PROJEK PEMBANGUNAN MASJID 2009


Projek Pembangunan Masjid 2007

Membina Balai Lentang berukuran 20' x 36' dengan kos berjumlah RM40,000.00

Projek Pembangunan Masjid 2009
Menaiktaraf tempat sembahayang wanita berukuran 20'x55' dengan kos berjumlah RM60,000.00 di bawah peruntukan pakej ransangan ekonomi ke dua

Membina tandas lelaki dan wanita beserta tempat wuduk berjumlah RM40,000.00

Khamis, 11 Jun 2009 jam 3.00 petang lawatan kerja Pn. Azizah Abdullah, JT JKR Seri Iskandar melawat tapak projek bersama jawatankuasa masjid

Read more...

Utusan Online

About This Blog

1 MALAYSIA

Lorem Ipsum

Jabatan Agama Islam Perak

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP