KURSUS MANDI JENAZAH

>> Friday, June 19, 2009

Kursus Mandi Jenazah anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Perak Tengah dan Jawatankuasa Masjid Jamek Ahmadiah Simpang Tiga akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 11 Julai 2009 jam 8.30 pagi, bertempat di Masjid Jamek Ahmadiah, Simpang Tiga. Tuan / puan ahli kariah dijemput hadir bagi menjayakan kursus tersebut.

Read more...

PROGRAM GOTONG - ROYONG



Ahad, 28 Jun 2009, jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Ahmadiah Simpang Tiga akan diadakan majlis gotong - royong untuk menebang pokok yang berhampiran dengan pagar / kawasan masjid. Tuan / puan ahli kariah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.


Read more...

MESYUARAT JK MASJID BIL 03/2009

>> Thursday, June 11, 2009

Mesyuarat JK Masjid telah diadakan pada Hari Jumaat, 05 Jun 2009 yang lalu antara lain membincangkan projek pembangunan masjid yang telah diluluskan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi dari Kerajaan Persekutuan berjumlah RM100,000.00 untuk menaiktaraf tempat sembahyang wanita dan membina tandas lelaki dan wanita.

Bersetuju sebulat suara untuk mengadakan khairat / wakaf / saham terbuka untuk membuat kutipan derma untuk mengantikan karpet / permaidani masjid dengan anggaran jumlah kutipan berjumlah RM 10,000.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh ribu ringgit ) . Kutipan berakhir pada 31 Disember 2009 dan sekiranya jumlah tersebut tidak mencukupi, jawatankuasa bersetuju untuk menggunakan kewangan masjid. ( Urusetia akan mengeluarkan surat kutipan derma wakaf dalam masa terdekat : HP 012-5812418 Razhuan - setiausaha )

Mesyuarat juga ada mengemukankan masalah lantikan imam pelapis bagi memenuhi kouta iman seramai 3 orang.

Masalah penggunaan tanah wakaf oleh dua keluarga yang mendiami tanah wakaf tersebut akan dirujuk ke Bahagian Baitulmal, Seri Iskandar untuk bayaran saguhati kepada masjid bagi mengisi tabung.

Mohon bendahari masjid menutup akaun masjid berakhir 31 Disember 2007 dan 2008 untuk semakan dan projek pembangunan masjid

Read more...

KURSUS ICT UNTUK BENDAHARI MASJID

Kursus ICT untuk benadahari masjid akan diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2009 di INTIM, Ipoh En. Mohd Azizi b Ahmad Safar, bendahari masjid akan hadir di kursus tersebut

Read more...

PROJEK PEMBANGUNAN MASJID 2009


Projek Pembangunan Masjid 2007

Membina Balai Lentang berukuran 20' x 36' dengan kos berjumlah RM40,000.00

Projek Pembangunan Masjid 2009
Menaiktaraf tempat sembahayang wanita berukuran 20'x55' dengan kos berjumlah RM60,000.00 di bawah peruntukan pakej ransangan ekonomi ke dua

Membina tandas lelaki dan wanita beserta tempat wuduk berjumlah RM40,000.00

Khamis, 11 Jun 2009 jam 3.00 petang lawatan kerja Pn. Azizah Abdullah, JT JKR Seri Iskandar melawat tapak projek bersama jawatankuasa masjid

Read more...

Utusan Online

About This Blog

1 MALAYSIA

Lorem Ipsum

Jabatan Agama Islam Perak

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP